Monday, 21 May 2012

Petua Turun Temurun


Salam, di pagi yg ceria, harini aku nak kongsikan petua yang telah diamalkan keluarga aku sejak turun temurun. Aku sendiri telah mencubanya dan kesannya begitu memuaskan bagiku. Mungkin bagi korang yang tercari-cari petua yang diperlukan bolehlah jenguk2 kat laman aku ni..harap2 petua ini dapatlah membantu korang disaat memerlukan..


DAUN PANDAN HALAU LIPAS
Untuk mengatasi masalah lipas yang berkeliaran didapur, letakkanlah daun pandan ditempat yang tersembunyi, bau daun pandan akan membuatkan lipas akan keluar dari rumah. 

PETUA UNTUK MEMUTIHKAN GIGI
Jika anda berkelah di tepi laut jangan lupa mengambil  sedikit pasirnya kerana ia amat berguna untuk memutihkan gigi terutama gigi yang karat akibat merokok, caranya ialah ambil sedikit pasir tersebut  lalu gosokkan ke gigi anda menggunakan jari telunjuk  atau berus gigi. Kemudian  kumurlah mulut anda dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali dan.kesannya amat memuaskan . Selamat mencuba!

DAUN DURIAN BELANDA HALAU PIJAT
Amat memeningkan jika tempat tidur diserang pijat. Selain menyebabkan tidur tak lena ia juga menyebabkan kegatalan dan kulit bertanda. sekarang anda tak perlu risau kerana ada cara untuk menghalaunya dengan meletakkan daun durian belanda dibawah tilam. Bau daun tersebut akan menyebabkan pijat lari. 


KELEBIHAN SANTAN KELAPA
Selain daripada dibuat masakan santan kelapa banyak kegunaannya. selain ia dapat melebatkan rambut ia juga menghilangkan kelemumur dan menghitamkan rambut. Caranya ialah dengan menyapu santan tersebut diatas kepala sehingga rata, bungkus kepala anda dengan tuala, biarkan semalaman. Akhir sekali bilas dengan air bersih tanpa menggunakan syampu. biarkan rambut anda berminyak sehingga kering sendiri barulah di syampu.(dalam 2 atau 3 hari minyak dari santan tersebut akan kering sendiri di kepala anda).


MINYAK BAWANG UBATI DEMAM PANAS
Ambil beberapa biji bawang kecil, ramas-ramaskan atau diketuk hingga pecah, campurkan dengan minyak kelapa atau minyak makan. sapukan diseluruh badan dan rambut. insyaallah panas akan berkurangan dan cepat sembuh.selain dari itu ia juga boleh mengubati demam campak dengan cepat. ia juga sesuai untuk kanak-kanak.


BEDAK SEJUK KUNYIT HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK
Demam campak biasanya akan meninggalkan tanda hitam. untuk mengubatinya gunalah bedak sejuk kunyit. Caranya seperti dibawah:
Ambil secupak beras, rendamkan semalaman sehingga kembang. Gilingkan beras tersebut  bersama kunyit dan sedikit air(Jangan terlalu cair) buatkan ia menjadi seperti doh.bulat2kan ia.kemudian jemur. apabila kering bancuh ia dgn air dan bolehlah disapukan ditempat yang ada parut tersebut. anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
p/s: utk parut chicken pop dimuka, jgn sapu bedak seluruh muka. Hanya dibahagian yg ada parut saja. Dikhuatiri jika anda sapu seluruh muka kulit muka anda akan menjadi kering kerana sifat kunyit adalah kering. Kalau dibadan blhla sapu seluruh badan.


PETUA SEMBUHKAN  BISUL
Ambil sedikit daun keledek, dibasuh lalu ditumbuk hingga lumat tanpa menggunakan air.Tampal daun keledek pada bisul tersebut. Insyaallah bengkak akan berkurangan dan bisul akan cepat pecah.


PETUA HILANGKAN GETAH NANGKA
Lumurkan minyak masak pada seluruh telapak tangan. Gosok-gosokkan telapak tangan dengan minyak tersebut sehingga getah tidak lagi melekat. Bilas dengan air dan sabun berulang kali sehingga bersih.


UBAT GIGI HILANGKAN PIJAR DITANGAN  AKIBAT LADA
Kebiasaannya bila memotong atau menggiling lada pastinya tangan akan berasa pijar. Cara untuk menghilangkannya ialah dengan melumurkan ubat gigi pada seluruh tapak tangan. Biarkan seketika sehingga ia kering. Bilas dengan air bersih. Insyaallah pijar ditangan akan segera hilang.


CILI KISAR LEBIH TAHAN LAMA
Jika anda ingin menyimpan cili kering yang telah dikisar lebih lama dan mengelakkannya dari berkulat, disini ada satu petua yang boleh anda gunakan . Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering didalam mesin pengisar. Kemudian bolehlah dikisar cili tersebut. Simpankannya didalam bekas berpenutup dan simpankan pula ke dalam peti ais. Insyaallah cili tersebut akan tahan lebih lama.


PETUA MENGHILANGKAN PANAS BADAN KETIKA DEMAM
Ada beberapa cara untuk menghilangkan panas badan ketika demam:
1. Belah sebiji kelapa, ambil airnya dan kemudian diminum.


2. Belah sebiji kelapa, ambil airnya dan sapukan keseluruh badan dan kepala, lakukan berulang kali hingga panas reda. Anda akan dapat rasakan wap panas dibadan dan kepala anda keluar.


3. Ambil beberapa helai daun jintan hitam, ramaskannya bersama air, jaramkan diatas kepala. Insyaallah panas akan reda dan demam berkurangan.


PETUA HILANGKAN PANAS DALAM BADAN
Rendamkan beberapa biji buah kembang semangkok dan campurkan dengan gula batu. Setelah kembang bolehlah diminum air tersebut. Insyaallah mujarab.


PETUA HILANGKAN GATAL-GATAL KULIT
Penyakit gatal-gatal kulit seperti kurap dan sebagainya amat merengsakan dan memalukan. disini ada cara untuk mengatasinya dengan mengambil sebuku kunyit atau kunyit serbuk lalu digosok pada bahagian yang gatal.


BUNGA MELATI UBATI PANAU
Ambil beberapa kuntum bunga melati lalu gosokkan kebahagian yang terkena panau. Lakukan berulang kali sehingga panau hilang.


PETUA HILANGKAN SERAK
2 cara untuk menghilangkan suara serak adalah:
1. Rendamkan kerak nasi, ambil airnya lalu diminum. Amalkan 2 kali sehari.
2. Ambil sebuku asam jawa, rendam dan ramaskan didalam air. Campur dengan segelas air sejuk. Minum 2 kali sehari sehingga serak hilang. Selamat mencuba!


PETUA MEMBERSIHKAN KERANG DENGAN MUDAH
Ambil sebatang serai, patah2kan serai tersebut lalu diramas pada kulit kerang. Anda akan dapati kerang lebih bersih dan enak untuk dimasak.


MENGUBATI JAUNDIS BAYI (SAKIT KUNING)
Selepas bersalin bayiku diserang penyakit kuning selama sebulan sehingga ditahan diwad. Bermacam cara dah kucuba untuk menurunkan paras kuning bayiku namun tak berjaya. Rakan2 mengesyorkan menggunakan susu kambing lalu suamiku membeli susu kambing segar dari ladang dan memberi bayiku minum. Caranya dengan menitiskan susu tersebut sebanyak 2 atau 3 titis sahaja. Alhamdulillah bayiku sembuh selepas 2x minum susu kambing tersebut. (jgn byk2 sbb susu kambing panas nt suara baby serak lak, kesian baby). Moga-moga petua ini dapat memberi manfaat kepada anda yang memerlukannya.


MENGUBATI BATUK BERKAHAK
Amat menyeksakan jika diserang batuk terutama batuk berkahak. selain itu ia membuatkan badan kita menjadi lemah dan cengkung. Disini ada cara untuk mengubatinya dengan menggunakan madu lebah asli. Caranya : tuang madu lebah tersebut kedalam sudu kecil (sudu teh) lalu diminum tanpa perlu dicampur dengan air. Lakukan berulang kali. Insyaallah batuk berkahak akan hilang.

1 comment:

  1. Sala perkenalan...info yg sgt baik..boleh cuba ni.anak saya asyik keluar tahi mata.mungkin sbb panas dalam badan.

    www.myhealthycloset.blogspot.com

    ReplyDelete